Wednesday, May 16, 2012

jasamu ku kenang cikgu!


tanggal 16/05 je setiap tahun semua cikgu2 pasti akan tersengih lebar.. mungkin ada yang meleleh air mata, bermuka teruja (lagi2 tunggu hadiah dari anak murid), ada yang biasa2 dan ada jugak cikgu yang happy tapi tak dilihatkan riak happy tu diwajah (haa, mestilah cikgu disiplin kan..) yelah, kalau cikgu disiplin buat muka riang gumbira conferm2 la anak murid semua tumbuh tanduk ye idak? haha! maaf cikgu disiplin.. gurau je.. don't take it sooo sirius :)




SELAMAT HARI GURU buat semua cikgu yang pernah ajar saya dari saya tadika sampailah dah besar tagun ni.. tak lupa juga special thanks untuk cikgu pembimbing pasukan pantun SMK SEMERAH, BATU PAHAT, JOHOR yang ku sayangi.. oh tak lupa jugak kat cikgu bimbingan dan kaunseling sekolah.. hihi :) heh, bila aku sebut cikgu kaunseling je mesti nak assume aku pelajar bermasalah kan??weh tolong sikit ea.. aku budak baik tau cuma nakal2 sikit je.. cikgu pon tak tau yang aku nakal.. haha.. sapa cakap bilik kaunseling tu tempat budak bermasalah je? aku selalu je lepak situ tau.. bual2 dengan cikgu kaunseling lagi2 bila ala2 malas nak masuk kelas dan rasa nak skip kelas :P haha! kantoi sudah.. maaf cikgu2 yang saya skip kelas ea... nak sebut satu2 dah lupa lah cikgu.. maaf, memori low.. tapi yang pasti bila dah form5 je tanduk tumbuh ni.. haha... biasalah budak baru nak membesar kan... selamat hari guru juga buat IBU dan aruah abah sebab merekalah guru yang mula2 ajar tentang erti hidup ni..


Gambar penguasa Persatuan Geografi SMKS :)

TERIMA KASIH CIKGU! rasanya kata2 itu tak mampu nak balas jasa cikgu2 yang dah mengajar kita kan.. yelah dari 'zero to hero' dibuatnya cikgu pada kita semua.. pengorbanan tak payah cerita lah.. sebab tu cikgu yang dah pencen pon orang kampung tetap panggil mereka cikgu..
Cikgu........... (sebak jap tapi tak leleh ea!) see, tak ada kata2 yang mampu menggambarkan bertapa berterima kasihnya aku kat cikgu! lagi2 aku menghadapi waktu yang sangat kritikal masa aku dekat sekolah.. saat abah tinggalkan aku sewaktu aku diambang SPM. cikgu2 lah yang banyak dorong aku.. bangkitkan aku.. agaknya kalau cikgu2 tak ada mesti aku dah melungkupkan SPM ddenagn tangan sendiri kan? Ya Allah, kau berkatilah guru2ku.. peliharalah mereka, berikanlah kebahagiaan kepada mereka.. amin! <3
we love u  <3



Gambar bersama cigu Hayati masa majlis penyampaian  anugrah  pelajar cemerlang  SPM 2009

spcial thanks to:

cikgu Norhayati (cikgu ni aku dah anggap macam mak sendiri.. beliau sangat baik)
cikgu Norizah (aku sampai panggil cikgu ni umi sebab beliau sangat baik dan manis)
cikgu Madon Hadi (cikgu akaun.. maaf cikgu saya tak belajar betol2 sebab saya tak minat.. tapi las2 dpt gak ANC masa SPM :) )
cikgu Sahanura (cikgu ni suka marah2 tapi sangat sweet bila beliau marah..hehe.. aku pernah skip kena rotan dengan beliau sbb tak siap satu ayat rumusan bm)
cikgu Yusuf (yang ni macam bapak aku kat sekolah.. beliau sangat baik walau selalu je acah nak cubit aku)
cikgu Anisah (cikgu comel beranak dua yang suka belanja makan budak2 pantun masa practice)



cikgu Sahanura, and teachers :)









Tidak lupa juga buat semua cikgu2 yang ada dekat SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEMERAH.. saya SAYANG CIKGU! <3

Wednesday, May 2, 2012

selamat hari tua :)

sewaktu entri ini ditulis, aku dah pun masuk ke alam 20 tahun selama 4 hari.. haih, wa sulah tua woo... hais, bila umur dah meninggalkan zaman belasan ni terasa diri ini ala2 makcik2 je... cis! bila umur dah masuk angka 2 kat depan ni terasa macam dah nak kena belajar masak dan urus rumah je... terasa-rasa macam jodoh tu dah dekat je walau aku sendiri tak tau sapa orangnya (mata bersinar2) haha! biarlah kita tak tau sapa jodoh kita, yang penting biarlah orang tu yg boleh membimbing kita ye idak? bukan aku tak leh terima ideologi bercinta sebelum kahwin tu, tapi rasanya lagi elok kalau bercinta lepas kahwin kan.. orang pun cakap yang bercinta lepas kahwin lebih manis.. dan rasanya paling sesuai dengan aku yang malas nak berkasih sayang ni kan.. haha!

 gambar sekadar hiasan :)
respect kat farah lee kahwin dalam usia muda dan masih bergelar student :)




tapiiiiii, ramai je orang zaman sekarang ni yang kahwin awal tapi sebenarnya mereka tak sedia lagi nak jalankan tanggungjawab.. bukan nak cakap kosong tapi ade je contoh depan mata ni ha, ade ke patut mak mertua pun nak diajak gaduh jugak.. (haih tak patut betul) yalah orang kata, mak mertua ni ibarat mak sendiri takkan lah itu pun tak boleh nak dibawak tolak ansur.. bukanlah mak mertua tu demand sangat, waras dan masih upaya urus diri sendiri takkanlah pasal susuk sebumbung pon boleh gaduh juga? itulah yang sgt mengerikan dalam bab nikah kahwin ni.. adeh, sakit kepala den.. nak ditolong tak boleh nak ditengok je pon sakit hati sakit mata... pada yang kat luar sana yang berhajat nak kahwin tu, ingatlah anda menikahi pasangan anda berarti anda juga menikahi keluarganya.. bukan nak banyak sangat cukuplah jika dapat bertolak ansur.. hehe, moga2 aku dijauhkan dari sikap nak ajak mak mertua dan ipar duai bergustilah harapnya.. amin..

walau macamanapun,birthday kali ni rasa sangat lain, yelah bapak dah takda jadi takda sapa nak lead baca doa selamat.. hais, ada abg pon tak guna ade ke patut dia awal2 lagi dah lari balik rumah mentua (heh, nampak sangat takut aku pau dia tu..keh keh keh).. "abah, adik rindulah.. sob sob sob!" semoga Allah tempatkan beliau  dikalangan orang yang beriman.. amin <3

Thursday, October 27, 2011

rindu bertamu

bila rindu bertamu dihati,
tiada apa dapat menghalangnya..
saat diri jatuh ingin berdiri,
tiada siapa yang sanggup menghulur tanggan..
sakit menanggung rindu ini,
tiada siapa yang mampu membantuku menggalasnya..
oh cintaku, kasihku, sayangku..
memori lama ini terus melakar luka di hatiku,
bila kenangan lalu menjelma,
aku kalah pada deraian air mata..
saat esakkan terhenti dalam lenaku,
kau hadir dalam mimpiku,
dengan senyuman seindah mawar putih,
dan panahan mata seredup kasih ibu,
kau hulur tangan..
belum sempat ku sambut huluran tangan itu,
kau pergi tanpa menoleh lagi..
saat aku terjaga dari mimpi anganku,
tangisan kembali menjadi sapu tanganku,
aku tersedar yang kasihmu bukan lagi milikku....
sayangku,
kau anugerah terindah buatku,
aku rela melepaskanmu andai itu permainan takdir untuk kita,
andainya kau kembali lagi padaku,
takkan ku lepas genggaman tangan,
ternyanya kau mememang tercipta untukku..
jika kau temui belahan jiwamu selainku,
aku pohon janganlah kau hampiri aku,
kerana hadirmu membawa luka pada parut cinta lama......

Sunday, October 16, 2011

bulan dan bintang

dah beberapa hari aku keluar malam dengan family aku perhatikan bulan yang bersinar penuh di dada malam... aku bukanlah pencinta alam yang sejati atau perindu yang setia nk perhatikan bulan setiap malam.. aku tergerak nak tengok bulan masa dalam kereta pun sebab aku silau dgn cahaya kenderaan yg dtg dari depan.. aku rasa tenang pulak tengok bulan mengambang penuh.... dulu masa aku rapat dengan seseorang ni,pernah lah dia cakap dia rindu kat aku... aku dengan selamba badaknya pun cakap kt dia " kalau kau rindu aku kau tengoklah bulan.... " ayat puitis gila kan?..har har har... kisah kami x panjang... adalah dalam sejengkal je.... bila kami berhubung balik lepas lama lost contact pasal kisah sejengkal yg x jadi tu dia selalu jawab dia tengah tengok bulan masa aku tanya dia buat apa... jadi, aku yg lurus bendul ni pun tanya kenapa tengok bulan tu, maka beliau pun jawab "sebab aku teringat kat kau.... " haha... jiwang kan.. bila aku tengok bulan tadi masa kerja aku ingat balik pada beliau... dan kisah main cinta cintun kat sekolah dulu... tapi  jauh  di hati kecil aku cakap aku tak nak jadi bulan sebab bulan tu ramai perindunya.... terutamanya pungguk lahkan tu belum kira mamat2 jiwang yg tengah ayat awek lagi.... aku nak jadi bintang yang dekat dengan bulan tu.... (nama saintifik bintang tu x tahu)sebab bintang tetap setia pada bulan walau apa yang berlaku.. walau ia x secantik bulan dan jadi perhatian, ia x pernah cemburu... malah ia sentiasa ada beersama bulan walau pd mata kasarnya awan menghalang bintang dri terus bersinar di samping bulan..... :)


nota cintaku :-

dimana kau pemilik separuh dari hatiku...
jika kau dekat denganku datanglah padaku....
jika kau jauh dariku temuilah daku dalam mimpi malamku...
jika kau kini sedang berkongsi hati dengan orang lain, aku doakan kebahagiaanmu...
jika kau ingin aku menantimu, aku pasti akan setia menunggumu...
dan jika kau ingin berpaling dariku, kembalikanlah sekeping hatiku itu agar mampu aku jalani hidup dengan yang lain........

Saturday, October 15, 2011

saya hanya layak jadi pelajar!

percaya atau tak cuti sudah pun bermula..... har har har.... dan kini anak mak ni dah besar.. da sem ke-3 dah.. haha... cuti ni kononya nekad lah nk kerja... haha... last2 jadi gadis minyak kat caltex ni ha... kerje sekangkang kera dari rumah buatkan aku rasa sayang gil nk keluarkan duit tok bli lunch.... bila org isi minyak tnya, dah makan? aku jwp dgn senyuman... hehe... tak pe pakcik, balik karang sye makan.. siapa ckap kerja kt pum minyak hanya perlu tlg isikan minyak kereta org je.. rupa2nya, kene cuci toilet,lap cermin, sapu sampah lah.... cis, terkedu makcik buat pertama kali..... penat jangan cerita.... walaupun kerja cuma 7 jam setengah... tp penatnya terasa sampai ke tulang kering.... mak ai.... sure lah naik je semester nanti aku nak belajar sungguh2.... sungguh aku tak tipu... hahaha.... yelah sekarang ni aku dah merasa siksanya jadi kuli.... so, kalau lah aku tak nk belajar sungguh2, takkan lah aku nak jadi kuli seumur hidup kan? jadi, anak2 di luar sana.... jangan lah main2 masa belajar ni... nak bercinta cintun ke merempit ke... tangguh la dulu... blaja betol2... nnti dah berjaya dan ada kerjaya kau nk merempit pergi je la kat litar... selamat nyawa lg gitu kan... yang nak bercinta pulak, emm x payah lama2 nk bercinta, bila kewangan dah stabil terus naik pelamin je la kan....ha, gitu.... jadi, moral of the story, masa dpt peluang belajar ni buatlah sungguh2, kalau x nak jadi kuli yang susah payah kerja yg penat x hengat tu.... oleh itu, majulah diri demi masa depan yang cerah   :)

Tuesday, August 9, 2011

amy + din

hahaha...... cerita mereka dah berkembang dengan jayanya lepas bukak puasa tadi... dengan bantuan eby abu bakar, aku berjaya untuk membuka mata din pasal maksud amy sebenarnya... habis amy kami perdajalkan..... har har har..... dan akhirnya kisah mereka pun menjadi nyata...
ok, mmg kes diorg ni mcm pelik sikit... sbb amy dah penah reject din..
tp tu bkn masalah besar...
yg pelik kat sini bila minah diamond jumpa mamat batu tetiba nak cakap jiwang-jiwang... har har har...
hais, seronok betol jadi mereka kan... eby pon ckp seronok dan dia siap ckp nak tukar pakwe dgn amy kejap sbb da lme tak ase teruja mcm tu... har har har....
demi nak majukan ape yang baru nak mula ni, eby siap ambil hp amy bawak g sembahyang... sbb tkot amy ckp kat din kami punya kerja tnya soalan2 yg x da dlam silibus tu....
ok, yang terakhir hari ni... harap sangat amy dan din hargai masing2 dan berjaya mencapai kebahagiaan... walau mcm cinta monyet tp sapa tahu kalau boleh smpai ke jinjang pelamin, sedangkan  monyet pun boleh beranak pinak inikan manusia....




note for fa,
andai tuhan jadikan rindu dihati ini milikmu,
akan aku sampaikan pada angin lalu....
andai tuhan restui cinta dihati ini buatmu,
aku berdoa agar rasa itu turut bertamu dihatimu....

Monday, August 8, 2011

welcome home my mood =)

welcome home my mood..... dah lama tak bloging ni.... hah tu je tok malam2 bersama amelia shahira.....

nak jadi syifa nak jadi syifa..... har har har....
syifa~ penyembuh
dan aku nak jadi syifa di hati orang2 yang aku kasihi...

fa, i dont know how and when but you stole my heart...ily.....  errrr, apakah ini??

Wednesday, June 1, 2011

business blog ~ aku wanita

wee wee wee..... hahaha... nampak macam aku sedang terbang... tapi tidak.. cuma terbuai je... pasal pe? bukan pasal kekasih hati. tapi pasal assesment group yang kami kena buat ni. kena buat business blog. haha... (marah arjuna chentaku.. hehe.. sory yang bukan pe benda ni nampak mengujakan lah..) bunyinya macam tak serius. tapi 10% wo... so, aku sedang bersemangat waja untuk buat blog ni. haha... kalau semua kawan2 aku tengah berfikir nk jual ape aku dah senyum gumbira. sebab, aku dah tau nk jual pe. aku nk jual barang2 perempuan macam baju, kerongsang, tudung dan macam2 lah... supplyer? itu x jd masalah sebab makcik aku kan ada.. haha, masa nilah nak menggunakan semua saudara mara kita kan. apa guna ada saudara kalau tak boleh tolong menolong. tak ke gitu??(hamboi cik mira, seronok berkata2 ya.. kang kena cili dengan mak baru tau!).. jadi sekarang ni aku sedang bersungguh2 sungguh nak jadikan business blog ni gempak dan berjaya. manalah tau kalau2 boleh jd sumber pendapatan nanti. mula2 assesment pastu business women. amin!
untuk rakan kongsi aku miss eby abu bakar ayuhlah kita berkolaburasi menjayakan business berjuta2 sen kita ini. caiyok!

Wednesday, May 11, 2011

hanya kerana mulut

saat ini hatiku sanggat gundah gulana.. bukan kerana aku sendiri tetapi kerana mulut wanita itu... ini bukan setakat menjatuhkan aku malah seluruh keluargaku.. nak je marah wanita itu tetapi statusku menghalang aku untuk kurang ajar padanya.. padaku bila kita tegakkan kebenaran bukanlah bermakna kita kurang ajar tp bg wanita itu bila aku yang stutusnya lebih kecil darinya tak layak untuk bersuara lebih2 lg nak sound dye.. sabar selagi terdaya... ya itulah yang kami 3 beradik tengah buat... demi nasib anak2 dye kami sabar je, segala perbuatan dye yg melagakan keluarga kami pendam dan simpan dari suaminya supaya diorg x bercerai.. tapi, bila ketika ini nama mak kami yang dijaja hingga mak kami dipulau saudara mara belah bapa lepas aruah bapa kami meninggal kami da x boleh diam lagi.. esok malam satu meeting tergempar antara keluargaku yg diwakili aku dan nyamuk serta semua adik beradik bapa akan berlangsung.. niat aku dan nyamuk bukan nak cri gaduh atau kurang ajar tp untuk meleraikan segala benang yg kusut.. biar esok semuanya terbongkar.. biar semua puas hati... biarkan kami tahu puncanya.. andai wanita itu puncanya tahulah kami selesaikan... kali ini kiteorg xkn lg selindung perangai dye dari suaminya... apa nak jadi jadilah... yg penting lepas nie x da lg duri dalam daging...

Thursday, March 31, 2011

ape yang aku nak jadi???



Kadangkala aku rasa nak jadi aku...
tapi kadang2 aku nak jadi macam dia...(bukan beliau dlm gambar yer....)
tiba2 berangan nak jadi anak raja, ala2 puteri raja yang lemah gemalai...
tapi dah lama teringin nak jadi penulis novel cinta...
rasa2 nak jadi macam cikgu....
tapi bila nampak doktor berjalan di hospital,
tiba2 rasa macam layak jadi doktor...
sebenarnya ade jugak rasa nak jadi suri rumahtangga yang berjaya @ penganggur terhormat...
tapi,
satu je aku tak pernah rasa nak jadi....
iaitu bila aku nampak makcik cleaner kat kolej aku tengah asingkan sampah kami semua...

moral of the story:
sebenarnya bila aku renung2kan kerja makcik cleaner tu adelah yang mulia seta gagah perkasa.... tak pernah pun aku nampak ade student2 yang sanggup nak asingkan walau sampah mereka sendiri....
bila persoalan ini memerah masuk ke dalam otak anda, ketahuilah bahawa jadi yang terbaik adalah pilihan yang baik kerana jadi yang terbaik memang baik dan diantara keputusan yang terbaik… akhir kata baik2 jalan….. jatuh janagn menagis dan terus berjalan….

p/s: pernah tak korang fikir ape kau orang nak jadi??
       kalau orang tanya ape aku nak jadi.... aku nak jawab aku nak jadi pemerhati je....

Salam perkenalan dengan pacat <3

Ini bukan pertama kali aku pergi bercamping.. bukan nk tinggi hidung tp cme nk nk ckp dah bnyak kali aq pergi camping.. lg2 zaman pengawas ekolah dulu..tiap2 tahun kene pergi kem bina semangat.. tp x kuat2 semangat gak.. lelagi bile kene ‘nighwalk’ jalan sesorang dalam gelap dan kne sergah dengan manusia yg berhasrattok jd hantu..korang, ni cik temah nk bgtau nie.. kalaulah korang tgh jd hantu mse nk sergah org yg kus semangat nie tetibe korg pulak terjumpa mahluk Allah yg sebenar kn ke haru??haa, moral op story, x yahla nk jd hantu2 nie bgai... bialah mike2 tu bhgia dgn alam mereka. Doksah la kite nk social network dgn mreka...
Haa, kembali ke tajuk utama dimana aku telah dicium oleh pacat yang gatal.. haha... ape, kome ingat ulat bulu je yg gatai nk tuttttt....
Sabtu lepas dan selepas listening test dalam pukul 12, kami para pelajar Diploma In Investment Analysis (NADIIA) telah berangkat ke Kem Lagenda Gunung Ledang yang terletak sekangkang kera dari UiTM Segamat dengan perasaan yg penuh teruja.. kat sane macam2 yg kiteorg buat.. wlaupun x gempak mane tp tetap terpahat dlm hati.. kt sene jalani MOK TRAINING.. ape tu?? Haa, alah ajar kiteorg main saham macam kt bursa salam tu.. dpt modal 50 000 dalam bntuk angin dan harus jual beli saham hingga jd jutawan angin dan dptlah sijil pelabur Berjaya.. hek hek.. sungguh aku tak berminat... org lain tgh sibuk kira untung rugi, nk jual nk beli saham ape aku pulak mengantuk... kdg2 ble rugi tu adelahgak rse nk hempuk mr.Ilham yg btggungjwb tntukn harge shm tu.. haha, sungguh x waras mse tu..
Malam tu pulak ‘nighwalk’.. baut pertama kali aku suka nighwalk.. sbb ni bru betul2 jln mlm.. bukan yg main sergah2 dgn hantut tu.. pertame kali beratur mcm kereta api pegang lampu suluh sendiri jalan rapat2 dalam hutan waktu malam dengan jalan sempit dan tanah yg licin yg pnuh dengan tunggul kayu, ranting dan akar pokok yg aku kdg2 x tau nk bezakan.. dpt pengalaman berharga sgt.. sbbx selalu aku berani mcm ni wlaupun aku ni ketegori ‘redah je..’ mlm tulah sejarah tercipta bila pacat gigit aku! Hampeh punya pacat.. aku dah pergi derma darah tp lgimau darah aku ka?? Tau lah beta ni manis.. lalala... dlm hutan selamat lah.. tp ble dh smpai kem pulak pacat naik kt tgn.. mak’ai! Melompat2 aku!.. huh, nasib baik ade saudara hafiz yg baik hati tlg cabutkan pacat tu.. kalau tak mmg smpai sudah aku lompat2 je lah.. habis di situ, kene masuk dewan pulak.. bukak je kasut nampak stokin kotor.. dah sudah! Kotor ke darah?? Mase tu relex lg sbb x nampak pacat yg mengidam darah aku tu.. cpt2 duduk.. dengan lafaz bismillah aku bkk stokin... hahaha... telah terbuktilah aku telah dicium secara curi oleh pacat!.. muke mse tu x berperasaan.. nk nangis x patut sbb da tua bangka yg mampu hanya gelak.. akhirnya title x pnh kne gigit pacat telah diragut dari aku tnpa rela.. sabo jolah.. telifon mak, punyalah bersemangat aku cerita mak ckp “eeeeeee....”. terbaik punya mak!beliau x ckp padan muka pun dah kira untung..hahaha...
Nk ucap tahniah dkt Hafiz sbb jd penderma darah paing tegar tok pacat... amek ni buang penghargaan anda ---^---<3
P/s:
1.        tahniah tok Ika dengan Wan kerana berjaya disandingkan dlm kem ni.. sesungguhnya aku jelez.. hahaha....selamat pengantin baru kalian... amek ni bunga penghargaan sbb aku x reti buat botol susu untk baby kalian..hehe ------^-----<3
2.       Haa, bab mandi sungai td mmg TERBAIK.... simbah menyimbah, lompat2 dengan Jaja dlm air mcm anak berudu, main selam2 dgn kalian semua mmg x dpt lupa..
Terima kasih...
Thank you...
Arigato...
Kumawoo...
Kamshaminda...
Xie xie...
Dan semua bahase yg membawa maksud terima kasih atas kenangan ini.. love u all <3
NADIIA the best!!!



Sunday, February 27, 2011

jangan buat saye marah...

minggu ni minggu paling sibuk... memandangkan ada 2 test yang cuma selang sehari... ditambah dengan masa test yang mengambil mood cuti hujung minggu, memang penyakit stress mudah menyerang... itulah dia miss microeconomy dan miss statistic... keadaan lalu lintas dalam otak amat sesak... ditambah pulak assesment CTU yang nak kena hantar selasa ni... aira rasa macam nak bunuh2 je semut2 kat tepi longkang ni.... (hahaha.... tu perumpamaan je).. yang geram sangat nie adelah seorang dari group aira ni nak sangat assesment tu siap cepat. dia asyik suruh aira buat je.... aira pulak tengah bizy dan tgh focus untuk 2 test ni pun start nak datang angin marah2... wahai kawanku, tak boleh ke tunggu habis test baru buat??.. nanti kita sama2lah allout. macam tak bisa pulak... dulu boleh pula buat last minit kan?? dapat a jugak kan??....
hais, bukan marah cuma tak puas hati je..... 
sabo je cik senah nie....

 

~MR JANG KEUN SUK & MR LEE HONG GI~
comel kan.....
haha..... ni gambar buat lepas2 tensyen....

~riang macam JEREMY(Lee hong gi) boleh elakkan stress~
~buat mulut macam Mr. JANG boleh tolong jadi penyangkut hanger cik limah~




Thursday, January 6, 2011

kerana tilam surat amaran melayang...


tilam oh tilam... kenapelah ko msti lepak kt bilik ai.. ape, da xda tmpt lain ko nk besanggah ke?? tau tak pasal ko lah rekod ai buat pertame kalinye dpt surat amaran kolej tau!!hais, x pnh2 dpt surat amaran... selase malam tu, ade org buat spotcek bilik.. mle2 bukak pintu tetibe terjengul muke lelaki.. mak ia, tekejut den! terus je tutup pintu.. gelabah cari tudung.. ha, amek ko..pastu peg perempuan tu msuk bilik n menapakkan buntutnya ke atas tilam tnpa diundang...hahaha.. dengan muka yg sangat karek dia pun mengenjut2 tilam smbil berkata eeh, empuknya... payutlah bilik lain x da tilam... ai terpinga2 dengan statement beliau.. dan dengan selambnya dye memberi warning kpd ai dan merampas kad matix saye!
keesokan harinya pon kiteorg g lak upk.. dan kene marah... nak berderai air mata! tp nsib bek lek control lg sbb kt luar lg da tekad " aku tak salah, jadi aq kena kuat,,, aq tak boleh nangis!!"
kes nie sbnrnya salah roomate lme lisa(roomate ai).. dye ngan kawan2 dye angkt tilam dri bilik lain pstu x plangkan.. jd tok membuktikan kami x bersalah,so ai amek keputusan tok terpaksa libatkan roomate lme lisa tu.. jadi, kami tergugur dri tuduhan sbgai pesalah tp ttp dikenakan amaran sbb katenye bilik tuu daftar atas nme kami so itu tggungjwp kami... huh, tak logik kan... bukan salahkami pon.. kami bru part 2, so ne paham sgt bnda2 nie... suma msih bru tok kmi...
nk kate teruje sbb pertme kli dpt sratamaran pon x buleh pulak.. yg boleh buat hnya berdoa moga2 cik yasmin tu terbukak hati nk gugurkan surat amaran tu.... sbnarnye angin gak dgn dye tu... x leh ke dye tu settle tepi je?? bukannye ai seludup manusia pon... ni pasal terlebih tilam je.. ape, msti mereke2 pikey kami curi tilam kan...dye kate kami curi tilam sbb nk selesa.. ei, kami msih sedar diri lg.. kami bukan ank raje yg perlukan layanan istimewe.. kami biase2 je... aduhai....
smlm, lisa msuk je blik trus je cmpak tilam tu kt luar.. ape ag,ai follow je..haha!! perbuatan jahat msti di follow kan... tggu smpai mlm x da pun org amek tilam tu... lisa g blik2 yg x da tilam.. tp mrke2 da de tilam...so smpai skrg tilam tu hang up kt blik kami... da g jmpa upk, mrke ckp nanti.. adil ke pd kami yg kne amaran bukan salah kami n kemudian kes nie biar je tnpa tindakan lanjut??!!sabo je lah... doakan yg ai x buat salah yg sengaja atau x tok bertahan smapi part 6.. sbb ai da tggal 2 tlian hayat je lg... sedih... nk share tp x jumpa lg peti rahsia lg... nk bgtau kt mak tkot mak risau pulak... hais.... saba2..

Monday, December 20, 2010

baik buat tak tahu

kadang2 buat x tahu tu lg baik dlm keadaan tertentu... knpe?? sbb kalu kita wat x tau, kita boleh dptkan cerita yg sebenarnya....huh, ai mmg ske wat tak tau... kah kah kah... bukan poyo, cme ske melihat sesuatu tu dari pelbagai sudut..yelah, bukan setakat sudut2 yg cikgu matematik kita ajar tu..haha... macam hari nie, mak ai mengaruk (marah2) kt cucu dye sbb bebudak tu nakal sangat... ai pun tak thn lah dgn perangai diorg... tp tulah, pd ai selagi bnda tu x bahayakn diorg selagi tu la ai wat tak tau je... hah, kalau rumah tu dah nk roboh karang barulah ai bertuka jd tarzan... kah kah kah!! baru tau diorg sapa maksu depa.... tp biasalah budak, bukan paham bahasa walaupn pnt mak bapak depa anta sekolah tok belaja bahasa...nakalnye x taulah tahap ape..yg pnting cukup lah nk buat mereka2 yg berpenyakit darah rendah menjadi normal, yg drah tinggi pulak boleh melambung2 tingginya... itulah mereka... mak marah2ptg td... mase tu ai kt bilik air.. tgh mandi@ dlm proses sdg berangan kt dpn cermin.. ai dgr mak marah giler... smpai nangis2.. tragis sungguh gamaknye... ai dlm bilik mandi wat dono(tak tau) je.... cuma dengar n dengar... mcm org x da prasaan... bkn x leh kluar kjap g pjuk mak.. tp tulah, karang di pujuk2 lain pulak jadinya... dibuatnya mk ajak blek kmpong mase tu jgk x ke haru??
                                             (gamba nie iklan je... tak de kene mengene tau...)
keluar je bilik air, tgok mak kt dapur tgh buat lempeng... hohoho..sedap... lps tu mak tmya x dgr ke mak jerit2 td??... hoho, ai dgn muka x berdosa pun buat mcmtak tau pape... hahaha... agk bangang kn bila kita tahu sesuatu tp buat2 x tau??... tp tulah... bila kita wat2 x tau, kte dpt cerita dri mcm2 sudut.. dah dpt cerita wat kesimpulan sendiri jd kita x la jd manusia yg berat sebelah.. menghukum tnpa tahu sejauh mana kesalahan itu.....
bila fikir2 balik, bnyk lg kebaikan jika kita buat x tau.... dari situ jga kita dpt menilai yg mane betul yg mne salah n cbe x jd mcm tu... kite gak leh jd blh rasional... tp, jgn slh gne lak konsep 'buat x tau' nie... dalam menuntut ilmu JANGAN sesekali buat tak tahu.... sebaliknya sentiasalah ambil tahu.... biarlah org ckp ske jge tpi kain org tp bab cri ilmu je tau...
yg x berkaitan, sila lah jd manusia yg x jge tpi kain org lain... hidup anda hak anda... hidup org lain hak mereka... ok??
akhir kata, tahu ke tidak??? hanya kita yg ade jawapan tu...

Friday, December 3, 2010

anugerah rindu

rindu itu satu prasaan yg sgt indah sebenarnya..tp pd pasangan kekasih, rindu itu satu penyiksaan... yeke??.. tak taulah... ai pun bkn pnh berCINTA... tp jika difikirkan dengan akal yg waras n pandang kedepan.. rindu itu menyiksakan pd yg merindu tetapi ridu itu jd indah pd akhirnya apabila pertemuan mengakhiri perpisahan...dan rindu itu mengubat penyakit angau pd perindu itu sendiri..
 nie gamba pelukan sebelum berpisah...last day spm kami semua... love u prend....
nie gamba kawan2 mase g konvoi raye rumaah ustazah.... semoga berjaya kawan2...

sakit merindu itu bkn bnda yg ai inginkan..tp entahlah..kenape smenjak due nie virus rindu itu menjangkiti ai.... sakit mgg sakit...tp ai reda..kerana ai percaya di sebalik rindu itu terkandung sejuta kebahagiaan untuk ai... amin...

Tuesday, November 23, 2010

kerje ke tak..

bercerita pasal kerja...di sini aira mgumumkan bahawasanya hari ni aira telah melaksanakn misi yg sangat tak mulia di sudut ape2 pun lah... hari ni aira cabut dari kerja kt pasaraya tu.... entahlah...x penah2 aira wat benda2 camni tp naluri hati nie berbisik mengarah otak melakukan perkara tu... dah  lama berhasrat nk bhnti keje.tp pendam je sbb nk tgok keadaan dulu..dan baru semalam dapat kesedaran sivik tentang bertapa bosan n menyampahnya aira dngn kerja kt sne tu... kalu nak cerita mmg best sgt smpai rse nk cekik org pun ade..tp sivik dalam jiwa masih kukuh akibat semaian kesedaran dri cikgu sivik aira kt sekolah dulu... pn.Supiah...(hye cikgu).... tp yang aira mau kongsikan nie yg tak  tahan beno dalam benak dan sanubari nie. kerani dye berlagak macam bos! suma yg aira buat salah..itu x boleh ini x boleh... dye je yg betol... org lain buat tak pa lak... ade gak aira dengar desas desus drpd kawan2 kerje yg kedai nie mengutamakan kaum mereka dahulu...tak pe2.... pd aira 1 malaysia... kalu dye wat hal dengan aira tau lah aira buat hal dgn dye... live is give and take right?? "nah, amek ko! ko ingt aq nak dtg merayu kt ko aq nak bhti keje? selamat jalan lah... sekadar 3 hari punya gaji tu walaupun kerja macam babun aq x kesah kalu x dapat.." bak kata aira kat mak pasal gaji 3 hari tu anggap jelah sbgai amal jariah kat dunia nie... haha..halal la labu..

Wednesday, November 17, 2010

owh,perantauan...

jadi perantauan nie membuatkan aira teiang2 di telinga lagu kepulangan di hari raya dendangan aman shah... hahahha... nak kata aira nie parantau tak sangat lah... tp tulah, org suma balik kampong beraya, aira ngan mak lak gi banda beraya... hahaha...alah g umah anak mak no.2 je...kire x la merantau sangat kan.. tp suasana beraya kt kampong n banda sangat berbeza... kat sini senyap je... tak ade langsung bunyi mercun ataupun meriam buluh yg ade hanya salakan anjing n kucing mengiau mengantikan keriuhan di desa... walaupun diharamkan,kt kg msih meriah dengan dentuman meriam, macam aruah bapak aira, main mercun kol 5 separuh pagi tok kejut seisi rumah termasuklah rumah sebelah bangun tok solat subuh.. tp aira jarang bangun walaupun mercun meletup kt sebelah bantal..ade aq kesah??!! haha... sbb aira tido kol 4 pagi..lain lak dengan abg aira, si adies nyamuk baik..dye x tido malam raye sbb menurut lagenda yg tah dri mane beliau dapat menyatakan kalu x tido malam raya leh awt muda.. entahlah labu..tp aidilfitri lepas, aira n adies cbe teruskan tradisi x tido malam n teruskan perjuangan aruah kejut seisi manusia tok bangun pagi..tp hasilnya zero..haha, ini akibat adies ta tahan kebosanan setelah aira tido kol 4 pg...kononnya adies tgok tv last2 tv tgok dye..sampai smbahyg raye pon x taun tu... wassalammuh tol itu olang... walaupun kali ni aira beraya kt banda, tp kenangan itu ttp menjadi yg terindah dlm hdup nie.. papepun, selamat hari raya..(ape2 rayelah..hari gawai pun boleh sbb kte kn 1malaysia)...SmILe jEw....

teraphi tanpa membeli

tjuknya menarik kn...haha... ini cerita drpd pengalaman aira sndri... al-maklumlah semenjak termenjak nie den adolah kejo ket paso rayo ket toman akak den nie dudok ni haa..ha, teruja lak...aira jd casher je..tu yg bnyak masa tok peratikan sume tingakah laku manusia disekeliling den..tp yg paling aira suke n tercuit bile melihat teman sekerja aira@ casher gak mengambil kesempatan di atas mase yg mmg org x mau beli lalu belah tu berjalan2 umpama sedang menikmati suasana tepi pantai lalu menghampiri r&r sekitar kawasan sabun mandi, syampo n seangkatannya.. mle2 x da niat pun nk perhatikan dye tu.. pasang niat nak bemesra dgn keadaan kt ctu je, tp nilah rezeki Allah nk bg tgok...(haa, jgn sesekali anda semua menyerongkan otak anda!). dye mencapai satu botol krim mandian jenama yg mengandungi aromaterapi lalu menciumnya.... langkah td diulang untuk bau2 yg lain dri rangkaian jenama tersebut... kesegaran n kegembiraan terpancar dri muka beliau yg dimaksudkan..dri situ aira terfikir..untungnya bila anda bekerja di kedai2 yg menjual barang2 di atas pasti anda dpt menikmati keistimewaan aromaterapi tnpa perlu membelinya.. jadi jika anda bukanlah pekerja di autlet2 tersebut, anda msih buleh menikmatinya tnpa membeli dgn merajinkan diri g ke kedai lalu singgah di r&r sekitar sabun mandi sebelum anda meneruskan perjalanan membeli ape yg perlu dibeli sebelum blah... selamat mencuba =)

Sunday, November 14, 2010

macam2 orang mengandung

macam2 org mengandung ni kan... nak diceritakan di sini...
malam tadi aira keluar sekeluarga g mkn kt utan banda kt JB..  makan kayu.. hahaha... mkn steak... semua org order la makanan kan.. si kakak ipa nie order lamb chp.. yg lain pun order la paper yg terase nk dicekik.. saat terpandang muke si kakak ipa nie rase teruja sangat, sbb muke beliau sangat gumbira n ghairah menikmati menu beliau tu... hehe...da habis sepinggan dye makan licin semua..tinggal tulang je...hekhe..tp yg nak dijadikan cerita nie dye snggup pigang tulang tu n hidu bau tulang tu...dye kate sedap bau kambing tu...hahaha... bile tibe mase nak balik dye macam nak x nak balik.so laki dye pun amekkan tisu n bungkus tulang tu tok bini tercinta... samapai dalam kereta bini dye pun tersenyum bahagia menghidu tulang kambing tu sampai tulang kambing tu da x bau kambing lg! mak aira pulak cakap kakak ipa aira tu boleh jd penternak kambing yg berjaya! sbb, kambing dye msti tambat kt sebelah tingkap bilik, tok sentiasa amek bau kambing tu jdi msti pencuri x ley curi kambing tu..=P...