Saturday, September 29, 2012

FUTURE LOVER KU :)

Assalamualaikum, warrrggggh! selamat pagi dunia! pagi ni matahari kat tanah jajahan Segamat ni malu-malu kucing lah.. hehe... dah lama tak turun kat laman blog sendiri.. blog orang lain pun sempat singgah sekejap je.. haih, habis layu bunnga mak.. ahaks!

musim2 final exam ni buat semua oranng nak touching je... termasuklah yang tengah 'bercucuk-tanam' ni.. haha.. siap nangis pasal terasa dengan kawan yang bossy. 
urgh!kalaulah dalam dunia ni hukum robekkan muka dan mulut orang tu dimansuhkan mestilah aku dah lama buat jenayah tu..
bukanlah nak tunjuk gangster tapiiiiii kalau dah geram macam2 pun nak buat kan2?
see... aku tau ramai je yang tengah terbaca entry ni pun angguk jugak... haha!

sebenarnya,
tetiba makcik tertouching dengan kawan2 dan orang keliling yang dah berteman tapi mesra.. haha!..haip where the fire?here, bila kawan dapat hadiah dari boypren dan ade je tempat nak nangis luah sakit hati sakit perut, yang boleh belanja makan time2 duit dah aci semput.... (ok aku kisah time belanja makan je sebab aku kan kuat makan!) haha!kemudian, aku tanya diri sendiri..hei girl,kau betul ke ready nak usha anak teruna orang ni? 
betul boleh bagi anak teruna orang tu tak MAKAN HATI? 
ready ke nak bersayang2 bagai macam orang lain?dan kemudian,muka tukar colour hijau... aiiiiyarrrk! nak termuntah lah bab sayang-sayang tu....'SEE, kan aku dah cakap kau ni tak ready lagi' aku cakap kat diri sendiri...

than malam tadi,satu ayat melintas dekat benak tanpa diminta masa aku tengah focus yang amat baca buku untuk first paper final...ayat yang mampu tenangkan hati saat soalan pasal pasangan hidup ni timbul dan buat hati rasa susah dan sedih..."love will come to you when it know you are ready enough :)now, when you ask yourself why you don't have your lover,the answer is....Dear, Allah know that you are not ready enough.. :)

so, we need to pray :)

YA ALLAH,PLEASE PROTECT MY FUTURE LOVER FOR MEUNTIL I'AM READY ENOUGH TO BE BY HIS SIDE AS YOUR DESTINY :)

terima kasih kat seseorang yang dah berjaya lembutkan hati perempuan budak tak cukup dewasa ni walaupun awak tak tau YOU HAVE DONE IT..... dan saya pun tak boleh nak baca apa yang awak rasa... credit to AiSha <3

tapi,

love might have its ending point but friendship will last longer until Jannah... insha-Allah :)

Thursday, June 7, 2012

kahwin+ beranak= senang?

assalamualaikum... yuuuuuhuuuu... apa khabar semua? masa entri ni ditulis keadaan penulis dan pasangannya iaitu en.idea berada dalam keadaan separa sedar... hahaha, peh! mengatuk tahap mata terbukak 45 darjah je ni.. hehe, tapi masih degil tamau tido gak.. maaf2 cik mata..
ok, tajuk entri ni dah gaya macam equation sudah.. macam  'e=mc' haha... ingat kat miss hlovate yang disayangi sebab nukilan2 beliau yang mampu buat aku ulang baca semua karya beliau tanpa jemu.. keep your good job sis hlovate :) saya sokong anda :D
maaf2.. terlari tajuk... haha.. baru je aku kena dera jaga nak sedara sendiri sebab mak dgn bapaknya pergi keluar berurut.. peh, penat la wa cakap lu... haha! nasib baik la baby girl.. kalau baby boy mau pengasan berdiri aku! haha... jika di ikut pada equation pada tajuk; perkara pertama yang disentuh adalah kahwin...
ok mungkin ada yang bertanya kenapa entri ni ditulis.. jawapannya adalah untuk kesedaran bersama bahawasanya berkeluarga tak semudah yang kita bayangkan... ini adalah sekadar ingatan untuk diri sendiri dan juga perkongsian ilmu buat semua.. :D terimas semua! :)

nggeeee :D sapa yang tak mau kahwin kan? semua nak.. dan mesti mau punya! tipu kalau cakap tak kesah kalau kena hidup sorang2 bila ibu bapak jiran sekampung dok sibuk tanya bila hang nak kahwin lah bila hang nak makan nasi minyak lah...haha! biasalah Jah.. kalau dah duduk dalam suasana kampung yang budaya bermasyaratnya kuat mesti anak2 dara yang turun padang rewang kenduri kahwin tak lepas dari soalan cepu beremas ni :D
pengantin: noridi + nazatul azwa

bercerita pasal kahwin, bunyi macam senang.. terbayang benda2 best je... nak pelamin cantik lah, nak kahwin dalam taman lah, nak ade bubble2 masa akad nikah la(ok ni perli diri sendiri sbb aku suka sangat dengan buih2 sabun yang budak2 main tiup2 tu :P ). macam2 ada.. bila membayangkan perkahwinan semua nak senyum lebar sampai ke telinga! tapi.... tahukah anda tanggungjawab dan peranan di sebalik perkataan perkahwinan itu? PERKAHWINAN = PERKONGSIAN yang membawa kepada TOLONG MENOLONG... ok ayat dalam kepala dah start nak buat ayat sinis bila tengok sekeliling... ngeeee -,-

sekarang ni macam trend pulak kahwin awal.. lagi2 untuk mereka yang masih menuntut ilmu di menara gading.. bukan nak kata tak bagus.. BAGUS! sebab dapat mengurangkan sumbangan dosa2 berCOUPLE.. hehe.. (saya penyokong bercinta selepas kahwin! :) ) tapi, masalah yang timbul adalah pasangan yang sama muda ini tidak mengamalkan simtom tolong menolong dan tolak ansur... maka mungkin banyak isteri2 yang dah buat dosa kat suami secara tak perasan.. oleh itu, bila anda telah bersedia untuk meninggalkan zaman bujang trang tang tang anda maka haruslah anda mengkhtamkan buku tanggungjawab dan tolak ansur terlebih dahulu... bila tak tahu jangan malu bertanya sbb org yang bodoh sombong selalu berada di zon kerugian :)

menunggu pak polisi menyoal siasat akibat tader pasport.. haha!
perkara kedua yang akan berlaku setelah anda melepasi daerah bujang ialah.. anda mungkin bakal menghadapi kehadiran ORANG KE-3.... waaargh! tamau2 orang ketiga! kerana yang ketiga biasanya adalah perosak!.. haluuuu inche2 puan2 yang dirahmati :) tak semua yang ketiga tu tak elok ye... yang KE-3 kat sini membawa maksud ANAK :) hasil kasih sayang dan sebuah perkongsian :)... ada je yang kata " ala beranak tu senang je... mengandung pon ok je..." yelah... kome dah rase makenya kome taulah rasanya... ngeee :D dan mungkin betul mengandung tu ok je.. beranak pon senang je kan? yelah kalau susah mestilah bilangan anak luar nikah takkan bertambah kan?? (bernada sindiran) ngeeee :D tolonglah paham yang aku tengah risau masalah negara ni yang makin ke arah kejahilan....
Aleeya nafisha, copy paste muka bapaknya! :D
ok2, bila sudah beranak step yang ke-3 adalah menjaga anak.. aduh masa baby memang seronok nak jaga.. yelah apa yang susahnya, baby menangis je sumbat je botol susu.. haha! tapi tak semudah tu ye tuan2 dan puan2 :D membesarkan anak kerjanya umpama mencorakkan kain putih.. (quote ni dah biasa guna bila nak sentuh pasal mendidik anak kan?) ok, ubah sikit.. umpama main game farm village kat facebook lah... mesti nak jaga tanaman kan.. nak letak baja lah.. nak tuai on time lah kan2? yang main game ni mestii tengah senyum2... :D selalu je tengok pasangan yang dah ada anak dah tak bekarjasama jaga anak... mesti isteri ang kena jaga lebih! alasannya sebab anak tu rapat dengnan ibunya..cis -,-' mana boleh macam tu... kalau anak tu bijak ke cantik ke sopan ke nama sapa yang disebut, mesti nama bapaknya kan... jarang sangat orang nak sebut nama si ibu yang bertungkus lumus jaga anak ni.... hahaha!

moral of story: berkahwin biarlah bersederhana tapi alam perkahwinan yang kamu termuh itu biarlah gempak... didiklah anak2 kamu menjadi insan yang berguna.. yang boleh dibanggakan kerana percayalah anak2 yang soleh dan solehah itulah aset ibu dan bapanya :) semoga kita berada di landasan yang benar :)

Wednesday, May 16, 2012

jasamu ku kenang cikgu!


tanggal 16/05 je setiap tahun semua cikgu2 pasti akan tersengih lebar.. mungkin ada yang meleleh air mata, bermuka teruja (lagi2 tunggu hadiah dari anak murid), ada yang biasa2 dan ada jugak cikgu yang happy tapi tak dilihatkan riak happy tu diwajah (haa, mestilah cikgu disiplin kan..) yelah, kalau cikgu disiplin buat muka riang gumbira conferm2 la anak murid semua tumbuh tanduk ye idak? haha! maaf cikgu disiplin.. gurau je.. don't take it sooo sirius :)




SELAMAT HARI GURU buat semua cikgu yang pernah ajar saya dari saya tadika sampailah dah besar tagun ni.. tak lupa juga special thanks untuk cikgu pembimbing pasukan pantun SMK SEMERAH, BATU PAHAT, JOHOR yang ku sayangi.. oh tak lupa jugak kat cikgu bimbingan dan kaunseling sekolah.. hihi :) heh, bila aku sebut cikgu kaunseling je mesti nak assume aku pelajar bermasalah kan??weh tolong sikit ea.. aku budak baik tau cuma nakal2 sikit je.. cikgu pon tak tau yang aku nakal.. haha.. sapa cakap bilik kaunseling tu tempat budak bermasalah je? aku selalu je lepak situ tau.. bual2 dengan cikgu kaunseling lagi2 bila ala2 malas nak masuk kelas dan rasa nak skip kelas :P haha! kantoi sudah.. maaf cikgu2 yang saya skip kelas ea... nak sebut satu2 dah lupa lah cikgu.. maaf, memori low.. tapi yang pasti bila dah form5 je tanduk tumbuh ni.. haha... biasalah budak baru nak membesar kan... selamat hari guru juga buat IBU dan aruah abah sebab merekalah guru yang mula2 ajar tentang erti hidup ni..


Gambar penguasa Persatuan Geografi SMKS :)

TERIMA KASIH CIKGU! rasanya kata2 itu tak mampu nak balas jasa cikgu2 yang dah mengajar kita kan.. yelah dari 'zero to hero' dibuatnya cikgu pada kita semua.. pengorbanan tak payah cerita lah.. sebab tu cikgu yang dah pencen pon orang kampung tetap panggil mereka cikgu..
Cikgu........... (sebak jap tapi tak leleh ea!) see, tak ada kata2 yang mampu menggambarkan bertapa berterima kasihnya aku kat cikgu! lagi2 aku menghadapi waktu yang sangat kritikal masa aku dekat sekolah.. saat abah tinggalkan aku sewaktu aku diambang SPM. cikgu2 lah yang banyak dorong aku.. bangkitkan aku.. agaknya kalau cikgu2 tak ada mesti aku dah melungkupkan SPM ddenagn tangan sendiri kan? Ya Allah, kau berkatilah guru2ku.. peliharalah mereka, berikanlah kebahagiaan kepada mereka.. amin! <3
we love u  <3



Gambar bersama cigu Hayati masa majlis penyampaian  anugrah  pelajar cemerlang  SPM 2009

spcial thanks to:

cikgu Norhayati (cikgu ni aku dah anggap macam mak sendiri.. beliau sangat baik)
cikgu Norizah (aku sampai panggil cikgu ni umi sebab beliau sangat baik dan manis)
cikgu Madon Hadi (cikgu akaun.. maaf cikgu saya tak belajar betol2 sebab saya tak minat.. tapi las2 dpt gak ANC masa SPM :) )
cikgu Sahanura (cikgu ni suka marah2 tapi sangat sweet bila beliau marah..hehe.. aku pernah skip kena rotan dengan beliau sbb tak siap satu ayat rumusan bm)
cikgu Yusuf (yang ni macam bapak aku kat sekolah.. beliau sangat baik walau selalu je acah nak cubit aku)
cikgu Anisah (cikgu comel beranak dua yang suka belanja makan budak2 pantun masa practice)



cikgu Sahanura, and teachers :)









Tidak lupa juga buat semua cikgu2 yang ada dekat SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEMERAH.. saya SAYANG CIKGU! <3

Wednesday, May 2, 2012

selamat hari tua :)

sewaktu entri ini ditulis, aku dah pun masuk ke alam 20 tahun selama 4 hari.. haih, wa sulah tua woo... hais, bila umur dah meninggalkan zaman belasan ni terasa diri ini ala2 makcik2 je... cis! bila umur dah masuk angka 2 kat depan ni terasa macam dah nak kena belajar masak dan urus rumah je... terasa-rasa macam jodoh tu dah dekat je walau aku sendiri tak tau sapa orangnya (mata bersinar2) haha! biarlah kita tak tau sapa jodoh kita, yang penting biarlah orang tu yg boleh membimbing kita ye idak? bukan aku tak leh terima ideologi bercinta sebelum kahwin tu, tapi rasanya lagi elok kalau bercinta lepas kahwin kan.. orang pun cakap yang bercinta lepas kahwin lebih manis.. dan rasanya paling sesuai dengan aku yang malas nak berkasih sayang ni kan.. haha!

 gambar sekadar hiasan :)
respect kat farah lee kahwin dalam usia muda dan masih bergelar student :)




tapiiiiii, ramai je orang zaman sekarang ni yang kahwin awal tapi sebenarnya mereka tak sedia lagi nak jalankan tanggungjawab.. bukan nak cakap kosong tapi ade je contoh depan mata ni ha, ade ke patut mak mertua pun nak diajak gaduh jugak.. (haih tak patut betul) yalah orang kata, mak mertua ni ibarat mak sendiri takkan lah itu pun tak boleh nak dibawak tolak ansur.. bukanlah mak mertua tu demand sangat, waras dan masih upaya urus diri sendiri takkanlah pasal susuk sebumbung pon boleh gaduh juga? itulah yang sgt mengerikan dalam bab nikah kahwin ni.. adeh, sakit kepala den.. nak ditolong tak boleh nak ditengok je pon sakit hati sakit mata... pada yang kat luar sana yang berhajat nak kahwin tu, ingatlah anda menikahi pasangan anda berarti anda juga menikahi keluarganya.. bukan nak banyak sangat cukuplah jika dapat bertolak ansur.. hehe, moga2 aku dijauhkan dari sikap nak ajak mak mertua dan ipar duai bergustilah harapnya.. amin..

walau macamanapun,birthday kali ni rasa sangat lain, yelah bapak dah takda jadi takda sapa nak lead baca doa selamat.. hais, ada abg pon tak guna ade ke patut dia awal2 lagi dah lari balik rumah mentua (heh, nampak sangat takut aku pau dia tu..keh keh keh).. "abah, adik rindulah.. sob sob sob!" semoga Allah tempatkan beliau  dikalangan orang yang beriman.. amin <3